DIY Hologram Video, Powerpoint dan Hologram Projector
05 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniAhad, 4 Mac 2017, 2 peserta lelaki meluangkan masa bersama PI Sg Bandung mempelajari sesuatu yang baru. Pada hari tersebut, mereka mencuba membuat video jologram mereka sendiri berpandukan dengan tutorial dari YouTube. Selain itu, mereka juga didedahkan berkaitan dengan asas pengunaan perisian Microsoft PowerPoint untuk membuat video tersebut.
Setelah menyiapkan video tersebut dengan mengunakan PowerPoint, peserta seterusnya membuat projector bagi memaparkan video hologram tersebut. Projector tersebut diperbuat daripada kerta lut sinar yang di potong dan dibentuk menjadi pyramid. Projektor yang berberntuk pyramid tersebut akan memaparkan image dari video yang telah mereka siapkan dengan mengunakan PowerPoint.
Akhir aktiviti ini, peserta mempelajari bahawa segala idea boleh didapatkan dengan memanfaatkan internet dengan betul. Aktiviti ini juga dapat memupuk kreativiti mereka dalam seni mahupun kretif dalam memanfaatkan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: