Internet & Kerjaya
27 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 26 Mac 2017 telah diadakan kelas Internet dan Kerjaya di Bilik Latihan PI Sg. Bandung. Kelas berkenaan bermula dari pukul 2.00 petang sehingga 4 petang. Kelas ini bertujuan untuk membimbing peserta menggunakan internet dalam mencari pekerjaan. Peserta diperkenalkan kepada laman web yang boleh digunakan untuk mencari pekerjaan antaranya adalah laman web Suruhunjaya Perkhidmatan Awam. Peserta diajar langkah demi langkah untuk mendaftar sebagai pengguna di laman web SPA tersebut. Selain SPA, peserta juga diberitahu tentang laman web PDRM.