Kursus Bimbingan Kerjaya
26 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 25 Mac 2017 dengan kerjasama PI Kg. Quop dan PI Bengoh, Kursus Bimbingan Kerjaya telah dijalankan di PI Kg. Quop. Kursus berkenaan bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 5 petang. Program ini merupakan program khas untuk pelajar-pelajar lepasan SPM & STPM yang memberi pendedahan dan pengetahuan kepada mereka berkaitan cara-cara penyediaan resume yang betul, kreatif dan menarik tetapi padat dengan isi-isi yang diperlukan di dalam sesebuah resume.
Program ini juga membantu pelajar-pelajar dalam persediaan menghadapi temuduga dengan tips-tips yang diberikan semasa program dijalankan. Melalui program ini juga, para pelajar mengetahui personaliti mereka dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang program dijalankan. Dalam kursus ini juga diselitkan beberapa program advokasi. Program advokasi ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai tips keselamatan di internet yang perlu mereka ketahui dan fahami agar mereka akan sentiasa berwaspada ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: