Kursus Asas Microsoft Office
21 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniSabtu, 20 Mei yang lalu Pusat Internet sekali lagi mengadakan “Kursus Asas Microsoft Office”. Program kali ini dijalankan bersama empat orang peserta dan dijalankan di Bilik Latihan. Program ini dijalankan dari pukul 10.00 pagi sehingga pukul 4.00 petang. Dalam aktiviti ini, peserta dapat mempelajari mengenai Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint.
Beberapa asas tentang perisian seperti tulisan, margin, animation dan sebagainya didedahkan kepada para peserta. Semasa aktiviti, mereka mudah untuk memahami apa yang cuba disampaikan. Peserta juga ditugaskan untuk membuat surat dan pembentangan selepas aktiviti tamat dijalankan. Aktiviti ini terima positif oleh ibu bapa mereka. Semoga ilmu yang diperoleh mereka pada hari tersubt dapat di manfaatkan pada masa hadapan kelak.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: