Hari Terbuka PI Sg Bandung
10 Disember 2017 | Aktiviti Terkini9 Disember, PI Sg Bandung mengadakan Hari Terbuka dengan kerjasama PI yang lain, antaranya PI Bengoh, PI Kg Quop dan juga PI Melugu. Terdapat pelbagai aktiviti diadakan pada hari tersebut. Antaranya ICT Games, Alphabet Treasure Hunt, Cabutan Bertuah, Sukaneka, Pemeriksaan Kesihatan dan banyak lagi.
Hari Terbuka ini melibatkan 15 buah kampung yang berdekatkan dengan PI Sg Bandung. Hari Terbuka PI Sg Bandung dirasmikan oleh YB Haji Idris bin Haji Buang merangkap ADUN N16 Muara Tuang. Turut memeriahkan majlis adalah Pemanca Hajah Salbiah binti Emon, Penghulu Haji Boh bin Sabli dan semua Ketua Kampung yang terlibat untuk hari terbuka ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: