Photoscape & Paper Craft
10 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 9 April 2017, aktiviti Paper Craft telah diadakan di Bilik Latihan PI Sg. Bandung. Kelas tersebut bermula dari pukul 3 petang sehingga pukul 5 petang. Aktiviti ini bertujuan untuk meningkatkan kreativiti peserta dalam mengolah idea baru untuk menjadikan sesuatu yang menarik dengan hanya menggunakan kertas. Hasilnya peserta berjaya membuat kumbang, belon udara panas, ikan dan bermacam lagi.
Dalam kursus ini juga diselitkan program advokasi. Program advokasi ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai tips keselamatan di internet yang perlu mereka ketahui dan fahami agar mereka akan sentiasa berwaspada ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: