Penanda Buku dan Origami
11 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniAktiviti ini dijalankan pada 10 Mac Februari yang lalu yang disertai oleh 2 orang peserta pada pukuk 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Aktiviti santai ini bertujuan mengingkatkan daya kreativiti mereka dalam seni. Mereka digalakkan mengunakan internet sebagai sumber inspirasi mereka untuk membuat penanda buku. Peserta mengunakan sumber internet untuk menbuat penanda buku antaranya ialah melalui YouTube dan Pinterest.
Semasa aktiviti dijalankan, peserta amat celik mengunakan internet untuk mencari idea untuk membuat penanda buku. Pelbagai corak penanda buku dihasilkan oleh para peserta. Selain itu, mereka juga diberi kebebasan mengunakan internet untuk membuat origami. Dengan mengunakan YouTube, peserta lebih mudah mengikut langkah-langkah untuk membuat origami berbanding dengan mengunakan panduan origami yang bertulis.
Akhir aktiviti ini, peserta memanfaatkan internet dengan sebaiknya. Pelbagai corak dan origami yang dihasilkan dengan mengunakan internet sebagai sumber inspirasi mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: