Klik Dengan Bijak Dan Permainan Interaktif Internet
20 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniJumaat, 19 Mei 2017 yang lalu Pusat Internet Sg. Bandung menjalankan satu aktiviti santai bersama enam orang peserta dalam “Klik dengan Bijak dan Permainan Interaktif Internet”. Aktiviti yang dijalankan selama 3 jam ini memupuk minat para peserta dalam ICT disamping diterapkan juga dengan unsur-unsur keselamatan dalam pengunaan internet.
Sebelum memulakan aktiviti, peserta diberi taklimat advokasi Klik dengan Bijak terlebih dahulu. Taklimat ini memberi input yang amat penting kepada peserta terutama anak-anak muda tentang keselamatan internet. Para peserta dinasihatkan agar menjaga maklumat peribadi mereka seperti No. Kad Pengenalan, kata laluan laman sosial dan banyak lagi. Selain itu, tidak lupa juga tentang bahayanya menjadi buli siber dan menjadi mangsa buli siber. Peserta diberi tunjuk ajar dalam mengendalikan masalah buli siber ini.
Turut dimuatkan juga dengan cara-cara mencari maklumat dengan maklumat dengan mudah di internet. Sebagaimana yang kita tahu, hamper kesemua kandungan dalam internet adalah dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, dalam aktiviti ini peserta diperkenalkan dengan Google Translator bagi memudahkan mereka untuk mencari kata kunci untuk mereka mencari maklumat.
Seterusnya peserta diperkenalkan dengan laman web permainan interaktif yang menghiburkan. Ini adalah bagi menarik minat anak-anak muda dalam teknnologi kini disamping belajar. Ini kerana, permainan dalam laman web interaktif tersebit dalam dalam bentuk akademikal.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: