Pinterest And Kad Hari Guru Dan Hari Ibu
14 Mei 2017 | Aktiviti TerkiniBersempenaan dengan Hari Guru dan Hari Ibu yang menjelang tiba, 13 Mei yang lalu Pusat Internet Sg. Bandung mengadakan aktiviti bersama empat orang peserta untuk membuat kad kreatif Hari Guru dan Hari Ibu. Aktiviti ini dijalankan di Bilik Latihan. Tujuan aktiviti dijalankan ialah untuk memperkenalkan peserta dengan website yang memberi ilham dalam pelbagai jenis kategori iaitu Pinterest. Untuk aktiviti ini, peserta mencari idea untuk membuat kad mereka sendiri mengikut kreativiti mereka sendiri dengan mengunakan Pinterest tersebut.
Diakhir aktiviti ini, peserta meperoleh pengetahuan baharu mengenai Pinterest dan banyak lagi laman web yang berguna. Peserta juga dapat menyungkil bakat mereka dalam seni. Semoga peerta pada masa hadapan dapat memanfaatkan internet dengan perkara yang berfaedah. Selain itu, Pusat Internet Sg. Bandung mengucapkan selamat hari guru dan hari ibu kepada guru-guru dan ibu-ibu diluar sana. Tanpa dirimu siapalah kami sekarang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: