Kelas Perisian Paint & Powerpoint
12 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniKelas melukis menggunakan perisian paint dan membuat slaid pembentangan tentang diri telah diadakan di bilik latihan PI Sg. Bandung pada 11 Mac 2017. Aktiviti tersebut telah dijalankan dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. Seramai 4 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan telah menyertai aktiviti tersebut. Kelas perisian paint bertujuan untuk membantu meningkatkan kreativit peserta. Selain itu peserta juga dapat melatih keupayaan untuk mengawal tetikus dalam melukis menggunakan teknologi komputer.
Dalam membuat slaid pembentangan tentang diri sendiri, ia nya membantu peserta dalam mempelajari format yang ada pada powerpoint. Selain itu, ia juga membantu peserta untuk menghasilkan pembentangan yang lebih berkesan. Dalam aktiviti ini juga diselitkan program advokasi yang bertajuk “Hendap Siber”. Taklimat ringkas ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mereka mengenai tips2 keselamatan di internet yang perlu mereka ketahui dan fahami agar mereka akan sentiasa berwaspada ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: