Photoscape & Paper Craft (Rabbit & Panda)
09 April 2017 | Aktiviti TerkiniPada 8 April 2017, kelas Photoscape dan Paper Craft telah diadakan di Bilik Latihan PI Sg. Bandung. Kelas tersebut bermula dari pukul 10 pagi sehingga pukul 4.30 petang. Untuk kelas Photoscape, peserta telah diajar cara memuat turun perisian tersebut dari laman web. Seterusnya peserta diajar cara memasang perisian tersebut pada komputer. Photoscape adalah perisian yang sesuai untuk menyunting gambar. Setelah selesai memasang perisian tersebut, peserta diminta untuk melakar jadual kelas masing-masing. Kemudian, menggunakan perisian Photoscape, peserta menghias jadual kelas mengikut kreativiti tersendiri.
Setelah selesai kelas Photoscape, peserta berehat sebentar kemudian disambung dengan aktiviti yang santai iaitu aktiviti membuat patung Panda dan Arnab dari kertas. Dalam aktiviti ini juga diselitkan program advokasi. Program advokasi ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai tips keselamatan di internet yang perlu mereka ketahui dan fahami agar mereka akan sentiasa berwaspada ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: