Kelas Word & Superhero Puppets
13 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniDalam kelas word kali ini yang berlangsung pada 12 Mac 2017 bertempat di Bilik Latihan PI Sg. Bandung, peserta berpeluang mempelajari format yang ada pada Word untuk menyunting gambar. Kelas tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 2 petang. Selain mempelajari tentang penyuntingan gambar, peserta juga diajar cara memuat turun imej dari internet dan memasukkan gambar tersebut ke dalam Word. Selepas selesai menyunting, gambar tersebut dicetak untuk digunakan dalam kelas seterusnya iaitu kelas membuat ‘Superhero Puppets’.
Dalam kelas membuat ‘Superhero Puppets’, peserta mengasah daya kreativiti masing-masing dalam seni. Kelas ini juga menggunakan bahan terbuang seperti kayu aiskrim. Dalam aktiviti ini juga diselitkan program advokasi yang bertajuk “Cyber Grooming”. Taklimat ringkas ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mereka mengenai tips keselamatan di internet yang perlu mereka ketahui dan fahami agar mereka akan sentiasa berwaspada ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: