Ulangkaji Atas Talian
19 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2017 telah berlangsung aktiviti ulangkaji atas talian bertempat di Bilik Latihan PI Sg. Bandung. Aktiviti ini bermula pada pukul 2 petang sehingga 5 petang. Dalam aktiviti tersebut, peserta diperkenalkan kepada beberapa laman web yang sesuai untuk ulangkaji pelajaran sekolah. Peserta juga turut diajar cara mengakses laman web pembelajaran tersebut. Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta supaya mereka boleh memanfaatkan internet untuk pembelajaran selain untuk berhibur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: