Kelas Word & Menaip
12 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 11 Mac 2017 telah berlangsung kelas word yang diadakan di bilik latihan PI Sg. Bandung. Kelas tersebut bermula pada pukul 9 pagi sehingga 1 petang. Sepanjang kelas tersebut, peserta diajar menaip karangan tentang diri sendiri. Selain itu peserta juga mempelajari format yang ada pada word untuk menaip karangan yang kemas serta mudah dibaca.
Selain mempelajari tentang Word, peserta juga diajar cara menaip. Ini bertujuan untuk mengasah kebolehan menggunakan papan kekunci. Peserta juga diberi peluang untuk bermainan permainan komputer dimana mereka perlu mengingati setiap kedudukan papan kekunci. Dengan cara ini, peserta dapat berhibur sambil belajar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: