Quiver, Word & Menaip
08 April 2017 | Aktiviti TerkiniAktiviti Quiver, Word dan kelas menaip ini telah dijalankan pada 7 April 2017 bertempat di Bilik Latihan PI Sg. Bandung. Aktiviti berkenaan bermula dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang. Untuk aktiviti Quiver, peserta telah mewarna lukisan masing-masing. Peserta bebas untuk memilih karakter kartun masing-masing. Setelah selesai mewarna, perisian Quiver digunakan dan karakter kartun tersebut akan muncul pada aplikasi tersebut. Teknologi ini dipanggil ‘Augmented Reality’.
Aktiviti seterusnya, peserta diajar tentang Word dan formatnya. Peserta juga turut belajar menaip untuk mengasah kebolehan menggunakan papan kekunci. Dalam aktiviti ini juga diselitkan program advokasi. Program advokasi ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta mengenai tips keselamatan di internet yang perlu mereka ketahui dan fahami agar mereka akan sentiasa berwaspada ketika melayari internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: