eWaste, Emel & Facebook
11 Mac 2017 | Aktiviti Terkini10 Mac 2017 lalu, 6 peserta yang terdidri daripada 5 perempuan dan seorang lelaki menyertai kami di Pusat Internet 1 Malaysia bagi membuat akuan emel dan Facebook mereka sendiri. Terlebih dahulu, mereka diberi pendedahan mengenai eWaste dan cara pelupusannya yang lebih mesra alam. Peserta digalakan untuk menghantar ke PI Sg. Bandung jika terdapat perntai elektronik yang tidak digunakan lagi.
Setelah diberi sedikit taklimat mengenai eWaste, peserta seterusnya diperkenalkan dengan emel dan sosial media. 6 peserta yang hadir pada masa itu diberikan nasihat dan panduan mengenai emel, faedahnya dan langkah keselamatan mengunakannya.
Mereka juga turut diberi tunjuk ajar sedikit sebanyak mengenai asas emel dan akaun Facebook yang dicipta selepas mereka Berjaya mebuat akaun emel mereka sendiri. Akhir aktiviti ini, peserta menimba ilmu baru baru mengenai emel, Facebook dan langkah bijak kawal selia sendiri alam maya mereka sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: