Check Your Label, Email dan Facebook
06 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniAhad, 5 Mac 2017 lalu 5 orang peserta yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 2 perempuan menyertai kami di PI Sg Bandung bagi membuat akaun emel dan juga akaun Facebook mereka sendiri. Aktiviti ini dijalankan selama 2 jam mulai jam 12.00 petang hingga jam 2.00 petang. Sebelum aktiviti ini dijalankan, peserta didedahkan berkaitan dengan “Check Your Label” yang menekankan tentang logo/label SKMM sebelum membeli mana-mana peranti elektronik. Ini amat penting bagi memstikan peranti elektronik yang ingin dibeli selamat digunakan.
Peserta seterusnya membuat akaun emel mereka sendiri mengunakan Gmail. Peserta didedahkan dengan factor keselamatan mengenai emel terutamanya kata laluan mereka, faedah mengunakannya dan juga beberapa asas mengunakan emel. Selepas sedia siap membuat akaun Gmail mereka sendiri, mereka seterusnya membuat akaun media sosial pertama mereka iaitu Facebook.
Perserta juga turut didedahkan dengan etika pengunaan media sosial dan cara bijak mengunakannya. Semoga para peserta ini bijak dan celik dalam berkongsi dalam dunia maya selepas aktiviti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: