Kisah Kejayaan
Anak Celik IT Dengan Bimbingan PI
Abdul Rahman merupakan pelajar sekolah di SK Plaman Baki Menaul. Dari segi penggunaan komputer dan internet, beliau hanya biasa menggunakan komputer dan internet untuk menonton video di YouTube. Beliau belum menyedar tentang kelebihan dan belum mengenalpasti tentang kegunaan komputer sebenar. Baginya, computer hanyalah sebagai tempat untuk beliau menonton video atau cerita yang tidak ditayangkan di kaca TV.
Selepas diberi beberapa latihan kepada Abdul Rahman, kini Abdul Rahamn boleh mengunakan perisian computer yang amat berguna kepada beliau seperti Microsoft Office dan juga Paint. Dengan komputer juga, beliau dapat berhibur dengan rakan-rakan mengunakan internet untuk bermain permainan interaktif yang akedemikal. Beliau juga mendapati bahawa, beliau juga boleh mengulangkaji pelajaran mereka sambal berhibur di talian. Malah ada juga kerja sekolah yang Abdul Rahman buat dengan mengunakan komputer sendiri seperti kerja menaip.
Abdul Rahman telah diberi tunjuk ajar yang amat penting bagi nya oleh PI. Bimbingan terhadap pengunaan asas Microsoft Office dapat diaplikasikan sebaiknya oleh Abdul Rahman.
Muhammad Rafie Kreatif Dan Celik IT Dengan Bimbingan PI
Semenjak pembukaan PI, Muhammad Rafie sering mengunjungi PI Sg. Bandung. Beliau juga selalu menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Baginya, PI membuka peluang untuk beliau mempelajari sesuatu yang baharu setiap hari. Beliau sebelum ini tidak pernah didedahkan dengan teknologi terutamanya komputer.
Dalam semua aktiviti PI adakan, Muhammad Rafie amat cekap dan mudah untuk memahami sesuatu yang baharu. Dengan bimbingan PI, Muhammad Rafie amat mudah memahami sesuatu dengan aktiviti yang santai sambal berhibur seperti permainan web interaktif yang berbentuk akedemik. Malah, apabila diperkenalkan dengan Smartboard PI, Muhammad Rafie amat teruja sekali terutamanya apa bila melukis melalui perisian Paint dengan mengunakan Smartboard PI.
Dengan bimbingan PI, Muhamad Rafie kini boleh mengenalpasti komponen-komponen komputer dan juga kini boleh mengunakan enjin carian (Google dan YouTube) untuk mencari maklumat yang beliau inginkan.
BERUMUR 8 TAHUN, ALISHA SEMAKIN MAHIR DALAM IT
Khairani Alisha atau mesra dipanggil sebagai Alisha merupakan pelajar di SK Plaman Baki Menaul pada mulanya gemar datang ke Pusat Internet untuk melayari internet. Dari melayari internet sahaja, Alisha semakin berjinak-jinak untuk menhadiri kursus yang diadakan oleh Pusat Internet Sg Bandung. Baginya, Pusat Internet adalah sebuah tempat yang beliau gemar kunjungi bagi bertemu dengan rakan-rakan dan berkongsi maklumat. Malah, ibubapanya amat menggalakkannya untuk berkunjung ke Pusat Internet pada setiap hujung minggu dan cuti sekolah.
Alisha yang berumur 8 tahun ini kini tahu memanfaatkan kemudahan Pusat Internet dan bijak mengunakan internet untuk melakukan perkara yang menarik dan berfaedah atas bimbingan Pusat Internet Sg Bandung. Setelah beberapa minggu menghadiri latihan di Pusat Internet, beliau kini mahir dalam mengunakkan Microsoft Office berbanding rakan sebayanya yang lain.
Selain itu, Alisha juga memanfaatkan internet untuk mencari sumber idea dan maklumat untuk kerja-kerja sekolahnya dan juga untuk kerja kreatifnya lakukan sebagai pengisi masa lapang. Bimbingan dari Pusat Interent sedikit sebanyak memberi impak yang besar dalam kemahiran Alisha mengunakan komputer dan internet. Setiap kali menemukan laman web yang bermanfaat, Alisha akan mencatit pautan laman web tersebut untuk kegunaan Alisha pada masa hadapan.
KURSUS-KURSUS DI PUSAT INTERNET, HOBI RAFIUDDIN RAIF DI MASA TERLUANG
Menyedari kewujudan Pusat Internet, Rafiuddin Raif atau secara singkatnya Rafi sering dibawa oleh rakannya untuk ke Pusat Internet untuk melayari internet. Pada mulanya, Rafi tidak menyedari bahawa Pusart Internet mengadakan aktiviti-aktiviti dan kursus yang menarik yang boleh Rafi sertai. Rafi diberi kebenaran orang tuanya untuk menghadiri aktiti-aktiviti yang diadakan di Pusat Internet. Semenjak itu, Rafi sering menghadiri kursus-kursus yang diadakan semasa hujung minggu dan cuti sekolah.
Rafi amat cepat mempelajari yang baharu. Dalam beberapa minggu sahaja, Rafie mahir mengunakan Microsoft Office dan perisian multimedia seperti Photoscape. Rafi juga mendapati bahawa carian di Google amatlah berguna untuknya. Berumur 12 tahun, Rafi kini boleh memanfaatkan internet dengan carian Google dan dengan kemahirannya dalam Photoscape, Rafi pada masa lapang gemar membuat suatu karya yang melucukan untuk dikongsikan kepada rakan-rakan nya. Dengan kursus-kursus yang diadakan di Pusat Internet Sg Bandung, Rafi boleh menimba sesuatu yang baharu. Rafi amat gembira dengan kewujudan Pusat Internet dikawasannya dan tidak akan menyalahgunakan kemudahan yang ada.
BIMBINGAN PUSAT INTERNET, PUAN NOVAIDA BIJAK MEMPROMOSI
Puan Novaida mula berkecimpung dalam pembuatan kerepek sebelum 2012 lagi. Beliau mendapat bantuan mesin untuk memotong kerepek dari RISDA. Permintaan kerepek semakin meningkat dari tahun ke tahun dan beliau pernah mendapat tempahan dari penduduk di semenanjung. Hubungi Puan Novaida untuk tempahan kerepek di talian 011 2991 7804.
Dengan bantuan PI, Puan Novaida dapat membuat promosi produk beliau dengan lebih berkesan di media sosial terutamanya di Facebook dan WhatsApp yang menjadi platformnya untuk berniaga. Dengan kemudahan ICT juga, Puan Novaida dapat membuat penjenamaan produknya sendiri.
CARI PENDAPATAN LEBIH, PI BIMBING USAHAWAN HAMISIAH BINTI ROSE
Puan Hamisiah merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau berniat untuk menambah pendapatan dengan menjadikan minat beliau sebagai sesuatu yang boleh menjana pendapatan. Beliau baru melibatkan diri dalam pembuatan bakul anyaman pada tahun 2016 dan mula mengambil tempahan pada hujung tahun 2016. Tempahan sekarang masih tertumpu di sekitar kampung halaman sahaja. Kira-kira lebih 50 bakul anyaman yang berjaya dijual. Satu bakul dijual dengan harga RM10 – RM25 mengikut saiz. Hubungi Puan Hamisiah untuk tempahan kerepek di talian 014 586 7889.
Bakul anyaman yang dibuat oleh Puan Hamisiah Rose merupakan produk kraf tradisional yang hanya boleh di dapati di Sarawak sahaja. Berkat bantuan PI, Beliau mampu membuat bakul yang menarik dengan melihat contoh-contoh corak di internet.
PUAN NORFARAH DIELLA PELAJARI ILMU BAKERI DI PUSAT INTERNET DAN BERKECIMPUNG DALAM PERNIAGAAN
Puan Norfarah pada mulanya sering menyertai kursus bakeri yang diadakan di Pusat Internet Sg Bandung. Sedikit sebanyak ilmu yang ditimba semasa kursus bakeri tersebut beliau mula bergiat untuk menjadi usahawan dengan menghasilkan Kek Lapis dan Biskut. Beliau memulakan perniagaan beliau dengan mempromosikan produk beliau di laman sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Beliau menjual Kek Lapis Sarawak tradisional dan juga beberapa jenis biskut untuk musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan juga Hari Gawai Dayak. Untuk membuat tempahan Kek Lapis dan juga biskut, segala informasi boleh berhubung dengan beliau terus di talian 013 894 9290 dan laman Facebook www.facebook.com/Miss.FarahNodo
USAHAWAN SURAZURA NGADIMAN PROMOSI PRODUK DENGAN MEDIA SOSIAL
Puan Surazura, seorang surirumah sepenuh masa menjadi usahawan dengan bimbingan Pusat Internet Sg Bandung. Beliau menhadiri kursus membuat roti dan bun di Pusat Internet Sg Bandung dan kini bergiat dalam keusahawanan dalam bidang bakeri. Beliau yang merupakan penduduk Kampung Sungai Menaul tidak segan datang ke Pusat Internet Sg Bandung untuk menimba ilmu mengenai keusahawanan dan bakeri yang disediakan oleh Pusat Internet.
Dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet, beliau memanfaatkannya dengan mempromosikan produk beliau di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Beliau berniaga secara kecil-kecilan dengan menerima tempahan kek dan juga biskut. Puan Surazura menerima tempahan yang amat memberangsangkan di kawasan Samarahan Estate dan juga Kuching.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi beliau secara terus di talian 013 814 4361 dan Facebook di www.facebook.com/syaz.wieen
OKU BUKAN PENGHALANG PUAN ROHAYA MENJADI USAHAWAN
Puan Rohaya Teriman seorang OKU yang mempunyai masalah pendengaran bukan masalah bagi beliau untuk menjadi usahawan. Dengan bantuan ibunya, Hajah Salbiah beliau mampu mencari pendapatannya sendiri untuk menyara hidupnya. Produk yang beliau kemukakan adalah makanan tradisional kaum jawa. Antaranya ialah sambal kicap jawa, tempe dan juga mi ranggup.
Dengan bantuan dan bimbingan PI, Puan Rohaya kini mendapat banyak tempahan dari di sekitar malah luar kawasan PI. Mempromosikan produk beliau di media sosial dan juga membuat jualan produk nya di PI mampu meningkatkan lagi pendapatan beliau. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi ibu atau adik beliau di talian 019 682 3588 dan 019 233 3303.
MUHAMMAD ASYRAF AL-AMIN, FROM ZERO TO HERO DALAM ICT
Muhammad Asyraf Al-Amin merupakan pelajar sekolah di SK Abang Kadir Gedong. Dari segi penggunaan komputer dan internet, beliau hanya biasa menggunakan komputer dan internet untuk menonton video di Youtube dan permainan komputer. Dengan bimbingan PI, Asyraf kini petah menggunakan Powerpoint untuk membuat slaid pembentangan, menggunakan internet untuk mencari maklumat selain hanya untuk menonton Youtube dan mahir menaip karangan menggunakan Word.
Malah, dengan kelas-kelas yang disediakan oleh PI, Asyraf boleh menggunakan Photoscape untuk menyunting gambar. Penggunaan Internet untuk belajar sambil berhibur (Educational games) menarik minat belaiu dalam mengunakan komputer. Pembelajaran sekolah secara atas talian mampu membuatkan Asyraf lebih focus untuk belajar.
MUHAMMAD HAZIQ HAKIMI, WALAUPUN KIDAL TAPI CELIK IT
Muhammad Haziq Hakimi atau lebih mesra dengan Haziq seorang yang kidal (mengunakan tangan kiri) suka mempelajari sesuatu dengan melayari internet. Haziq merupakan pelajar sekolah di SK Abang Kadir Gedong. Dari segi penggunaan komputer dan internet, beliau hanya biasa menggunakan komputer dan internet untuk menonton video di Youtube.
Dengan bimbingan PI, Haziq kini bijak dalam mengunakan komputer terutamanya dalam Microsoft Word dan Powerpoint. Kelas-kelas yang diadakan oleh PI membuatkan beliau lebih tertarik adalah dengan educational games yang disediakan. Haziq juga pada mulanya seorang yang pendiam, tetapi setelah membuat slaid dengan mengunakan Powerpoint, beliau berani untuk membentangkan karya yang dihasilkan beliau.
Selain itu, denagn perisian penyunting gambar yang mudah, beliau mampu mengubah dan menyunting gambar dengan lebi menarik. Kreativiti Haziq semakin menonjol selepas menghadiri kelas-kelas di Pusat Internet.
JAMILAH WARIMAN USAHAWAN BIMBINGAN PI
Puan Jamilah Wariman merupakan seorang surirumah yang menjalankan perusahaan pemprosesan makanan beku sejak 2005 lagi. Pada mulanya, peniagaan beliau dimulakan secara kecil kecilan sahaja denga peralatan yang kurang dan kaedah yang kurang efisyen. Beliau kemudiannya mendapat dana perniagaan dari RISDA untuk mempertingkatkan lagi perniagaan beliau dengan membeli peralatan untuk membuat produk beliau dengan lebih efisyen.
Antara makan sejuk yang di hasilkan oleh beliau adalah donut dan kuih-muih segera. Produk ini kebanyakannya hanya perlu di goreng atau direbus sahaja terlebih dahulu sebelum boleh dimakan. Dengan mempromosikan produk beliau di laman sosial, beliau mudah untuk berhubung dan mendapatkan pelanggan yang menginginkan makanan sejuk beku nya. Untuk maklumat lanjut mengenai produk beliau, bolehlah melawati Facebook beliau di www.facebook.com/profile.php?id=100018864258488 atau WhatsApp beliau di wasap.my/60132200103.
PUAN ASFARINA DEMAN, MEMPERLUASKAN PRODUK DI HUJUNG JARI
Memulakan perniaagan secara kecil-kecilan, Puan Asfarina Deman sentiasa berusaha lebih untuk mencari pendapatan lebih untuk menyara keluarganya.Puan Asfarina atau mesra dipanggil dengan Puan Asfa memulakan perusahaannya dalam kuih dram sejak 2015 lagi. Kuih Dram merupakan kuih tradisional Sarawak yang mengunakan gula apong amatlah digemari oleh orang tempatan. Beliau menerima tempahan dari kawasan disekitar Serian dan Samarahan.
Dengan mempromosikan produk beliau di sosial media sahaja, Puan Asfa memperoleh lebih pelangan dengan berkongsi status beliau di group-group di dalam Facebook. Dihujung jari sahaja beliau sudah boleh mendapatkan pasaran yang banyak untuk kuih dram beliau. Sebarang pertanyaan atau tempahan, hubungi Puan Asfarina Deman di Facebook www.facebook.com/easfarina atau di WhatsApp di talian wasap.my/60148789245.
ANIS NURSYAHIRAH, KECIL-KECIL CILI API
Bersekolah di SK Plaman Baki Menaul yang mengambil masa 3 minit jauhnya dari PI, Anis Nursyahirah sering berkunjung ke PI selepas balik dari bersekolah. Anis semenjak kewujudan PI sering kali datang ke Pusat Internet bersama rakan untuk melayari internet dan menhadiri kelas-kelas yang ada di PI. Pada mulanya, dengan internet, Anis hanya biasa dengan menonton video di YouTube dan bermain permainan video dengan mengunakan komputer.
Selepas penubuhan Pusat Internet Sg Bandung, Anis sering menghadiri kelas-kelas yang dianjurkan.Antara yang dipelajari oleh Anis Nursyahirah sepanjang mendapat bimbingan di PI ialah Microsoft Office seperti Words, Powerpoint dan Excel. Selain itu, beliau juga mempelajari menggunakan Photoscape dan menghadiri kelas advokasi. Kini Anis walaupun masih kecil lagi, Anis boleh mengunakan komputer dengan mahir berbanding rakan sebayanya yang lain. Menyunting gambar, memdokumen ayat dan membuat slaid, Anis kini setanding dengan orang yang lebih dewasa darinya. Etika keselamatan dalam pengunaan internet juga disemai.
SITI AISHAH CELIK IT
Merupakan pelajar SK Plaman Baki Menaul, Siti Aishah bukan hanya menimba ilmu di sekolah. Dari segi penggunaan komputer dan internet, beliau hanya biasa menggunakan komputer dan internet untuk menonton video di youtube dan permainan komputer. Dengan kelas-kelas yang diadakan oleh Pusat Internet Sg Bandung, Aishah menjadi seorang yang celik IT.
Melalui PI, Aisyah mempelajari pengunaan internet untuk belajar sambil berhibur dengan web interaktif yang menarik. Aishah juga mengunakan internet untuk pembelajarana sekolah secara atas talian, membuat slaid dengan mengunakan Powerpoint dan juga membuat karangan dengan mengunakan Microsoft Word.
PUAN ELYDA NATASHA MENJUAL SERUNDING DI HUJUNG JARI
Puan Elyda Natasha Abdullah atau lebih mesra dikenali sebagai Elyda menjalankan bisnes secara kecil-kecilan di kawasan sekitar Kampung Sg Bandung. Menurut beliau, bisnes yang dilakukan adalah untuk mencari pendapatan yang lebih bagi menyara hidup beliau sekeluarga. Sebelum melibatkan diri dengan Pusat Internet Sg Bandung, sambutan terhadap jualan beliau kuarang meberangsangkan.
Serunding Halia yang beliau hasilkan adalah dibuat sendiri di rumah beliau. Dengan didikan dan bimbingan PI, beliau mempeluaskan lagi perusahaan beliau dengan mengunakan media sosial. Dengan kelas-kelas yang diadakan oleh PI, beliau dapat menarik minat dan menemui pelangan yang baharu untuk membeli serunding halia beliau. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan jualan beliau boleh menghubungi Puan Elyda di Facebook, www.facebook.com/elyda.sze dan di WhatsApp, wasap.my/0194470457
MOHD ISKANDAR PELAJARI SESUATU YANG BAHARU SETIAP KALI KE PUSAT INTERNET
Dengan kebenaran penjaganya, Mohd Iskandar atau lebih mudah dengan pangilan Is sering berkunjung ke Pusat Internet Sg Bandung pada setiap hujung minggu (Jumaat, Sabtu dan Ahad). Bagi Is, Pusat Internet menyediakan kemudahan yang lengkap menarik minatnya untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Selain boleh mempelajari sesuatu yang baharu, Is juga boleh bertemu dan berseronok dengan kawan-kawan nya di Pusat Internet Sg Bandung.
Dengan adanya kewujudan Pusat Internet Sg Bandung, Iskandar mulai mempelajari mengenai pengunaan komputer, cara menggunakan Internet dengan efektif dan juga boleh mengunakan Microsoft Office untuk membuat kerja sekolah. Iskandar memanfaatkan kemudahan yang Pusat Internet sediakan dengan sepenuhnya dengan pembelajari lebih dalam mengenai penyuntingan foto dan video dengan perisian komputer yang mudah dipahami.
JUALAN MENERUSI DALAM TALIAN LEBIH MUDAH BAGI PUAN HAILNA ROSE
Puan Hailna Rose memulakan peniagaannya secara kecil-kecilan di kawasan kediamannya. Namun, dengan usaha tersebut beliau mendapati bahawa hasil jualannya kurang memberangsangkan dan tidak meluas. Puan Hailna Rose menjual burger, roti john dan juga kerepek di kawasan kediamannya. Hasil jualannya kurang mendapat sambutan. Dengan bimbingan Pusat Internet Sg Bandung, beliau kini lebih yakin untuk memperluaskan lagi jualan produk beliau dengan mempromosikan produk di media sosial.
WhatsApp dan Facebook menjadi platform beliau untuk mempromosikan hasil jualan beliau. Dengan pendekatan yang Puan Hailna lakukan ini menjadikan produk beliau menjadi tarikan orang luar selain dari penduduk sekitar kawasan kediamannya. Beliau menerima lebih banyak tempahan daripada yang sebelum ini dengan adanya media sosial. Untuk tempahan kerepek dang maklumat lebih lanjut mengenai jualan beliau boleh menhubungi Puan Hailna Rose di Facebook, www.facebook.com/Hailna dan WhatsApp, wasap.my/60105999290
BIMBINGAN PI MEMBOLEHKAN NURIZAWATI MAHIR DALAM ICT
Nurizawati yang pada mulanya berkunjung ke Pusat Internet Sg Bandung untuk mengisi masa lapangnya berseronok dengan kawan-kawannya kini mahir mengunakan kemudahan di Pusat Internet. Sebelum bimbingan PI, Nurizawati hanya tahu menggunakan komputer untuk menonton video di Youtube. Namun, setelah sekian lama Nurizawati mula menyedari tentang kemudahan yang ada di Pusat Internet dan memanfaatkannya dengan sebaik yang mungkin.
Dengan bimbingan penyelia Pusat Internet Sg Bandung, Nurizawati mempelajari sesuatu yang baru melalui kelas-kelas dan program yang diadakan. Nurizawati kini menjadi seorang yang mahir dalam komputer. Di Pusat Internet, Nurizawati mempelajari mengunakan Microsoft Office, Photoshop dan banyak lagi hasil kreatif yang dihasilkan semasa slot kreatif di Pusat Internet Sg Bandung.
Jerence Justin Usahawan Di Platform Shoppe
Jerence Justin yang berumur 27 tahun ini tidak mudah mengalah dalam mencari sumber pendapatan yang lebih bagi menampung keperluan hidup. Menjadi ahli Pusat Internet Sg Bandung semenjak 2018, Jerence mempelajari pelbagai ilmu ICT dan yang paling memberi impak yang besar ialah platform jualan secara online, Shopee. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet, beliau mempergunakannya dengan sebaik yang mungkin dengan memperkenalkan produk jualan beliau secara online di shopee.com.my
Beliau membuat akaun dengan bimbingan penyelia Pusat Internet dan dibantu untuk mempromosikan produk beliau dengan lebih baik di Shopee. Jerence menjual pelbagai produk tempatan yang belaiu peroleh sendiri dari kawasan berdekatan beliau. Untuk maklumat lebih lanjut boleh menghubungi beliau di wasap.my/60195314592
Dari Hobi Menjadi Bisnes Sendiri, Nor Asdianti Lamni
Nor Asdianti Lamni yang berumur 34 pada mulanya membuat roti hanyalah untuk keperluan diri dan keluarganya. Selepas menghadiri beberapa kursus keusahawanan yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sg Bandung, beliau bertekad untuk menyerlahkan bakat beliau dalam pembuatan roti dengan membuat perniagaan secara kecil-kecilan. Puan Nor Asdianti Lamni boleh membuat pelbagai jenis roti yang komersial antaranya ban inti kacang merah, ban serunding, ban keju, dan ban sosej.
Minat beliau dalam membuat roti tersebut mendorong Puan Asdianti sendiri agar giat dalam perniaagan beliau. Beliau juga berharap dengan kemudahan dan kursus PI adakan dapat menyerlahkan dan memperbesarkan lagi perusahaan kecil-kecilan beliau. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi beliau di talian wasap.my/60135551436 atau www.facebook.com/norasdianti.lamni
Noralima Nodo Menjadi Ejen Dropship Pewangi Secara Online
Bermula secara kecil-kecilan dengan modal hanya kurang dari RM100, Puan Noralima Nodo menjalankan perniagaan beliau separuh masa. Surirumah yang berusia 39 tahun ini kini gigih mencari sumber pendapatan yang lebih memandangkan ekonomi sekarang yang kurang seimbang. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet, Puan Noralima mudah mempromosikan perniagaan beliau secara dalam talian. Dengan mengunakan Facebook, beliau mendapat sambutan yang hangat dari rakan-rakan facebook nya yang lain.
Menurut beliau, bukan rakan-rakan Facebook beliau shaja, malah dengan perkongsian post beliau di Facebook oleh rakan-rakannya, Puan Noralima mendapat banyak permintaan dari luar. Bagi beliau, dengan melakukan bisnes secara oline memudahkan beliau untuk mengembangkan pewanginya. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi beliau di wasap.my/60198199589 atau www.facebook.com/noralima79