Rekreasi Dan Pelancongan
Taman Rekreasi Ranchan
Taman Rekreasi Ranchan terletak kira-kira 1.5 km dari Bandar Serian. Taman Rekreasi Ranchan ini masih kekal dengan alam semulajadi nya dan menjadi tarikan pelancong dari luar negara/negeri. Air terjun nya sangat sesuai untuk bermandi manda dan menangkap ikan-ikan kecil. Selain terdapat air terjun, Taman Rekreasi Ranchan juga dibina jambatan gantung untuk merentasi air dan disediakan trek jalan kaki untuk memudahkan pengunjung berjalan melihat persekitaran taman rekreasi tersebut dan juga sesuai untuk aktiviti jogging. Hanya beberapa aktiviti dibenarkan di taman rekreasi ini. Antaranya adalah berkhemah, jogging, BBQ dan mandi manda.
Disini juga disediakan kemudahan untuk BBQ, tandas awam dan kedai makan. Tiada bayaran masuk dikenakan. Adalah menjadi tanggungjawab pengunjung juga untuk menjaga kebersihan persekitan taman rekreasi ini. Terdapat juga rumah tumpangan di taman rekreasi tersebut untuk pengunjung bermalam dan merasai suasana malam di taman rekreasi tersebut.
Tasik Danu
Tasik Danu terletak di pinggir Bandar Serian. Terdapat banyak aktiviti yang sesuai dilakukan disini. Antaranya adalah bersenam, bersantai, kayak, memancing dan pelbagai lagi. Di tasik ini juga dijadikan tempat untuk lumba bot kawalan jauh.
Kolam Air Panas Panchor
Kolam Air Panas Panchor Dayak terletak kira-kira 45 minit perjalanan daripada ibukota Sarawak iaitu Kuching. Lokasinya adalah di sebuah perkampungan yang bernama Kampung Panchor Dayak, Kota Padawan, Bahagian Serian. Ianya sebenarnya terletak di tanah persendirian dan kerana itulah kolam air panas ini diusahakan sendiri oleh pemiliknya bagi menggiatkan lagi industri enap desa di Serian. Bayaran masuknya murah sahaja iaitu kira-kira RM4 untuk dewasa. Dan bayaran ini sebenarnya dikenakan bagi tujuan penyelenggaraan di kawasan kolam ini seperti membayar bekalan elektrik dan sebagainya.
Mayang Tea Plantation
Dibuka semenjak 1985, Ladang teh ini merupakan ladang teh yang pertama yang ada di Sarawak. Kini, kawasan ini boleh dilawati para pengunjung bagi menikmati dan meneroka lebih lanjut dari pemetikan daun teh, pemprosesan hingga ke pembungkusan Teh Mayang ini. Pengunjung juga boleh membeli barangan disini. Ladang yang dikelilingi oleh alam semula jadi semestinya akan memukau pengunjung yang datang ke sini.
Gua Gunung Silabur
Gua Gunung Silabur merupakan gua batu kapur yang terletak di Daerah Serian. Gua ini diketahui sebagai tempat bersarang untuk ribuan burung dan kelawar. Burung walit (aerodramus maximus) membina sarang menggunakan air liur dan bersarang tinggi di atas siling gua. Apabila cukup masa penduduk tempatan akan menuai sarang burung tersebut dan ia nya diproses menjadi produk yang bernilai tinggi. Kebanyakan produk tersebut di eksport ke luar negara seperti China.