Quiver, Paint & KDB
12 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniAktiviti Quiver, Paint & KDB dijalankan pada 11 Februari 2017 yang lalu yand disertai oleh 9 orang peserta yang terdiri daripada 4 perempuan dan 5 lelaki. Aktiviti ini dijalankan pada seawal pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.
Aktiviti ini juga turut dimuatkan dengan sedikit taklimat berkenaan dengan langkah pengunaan bijak dalam dunia maya atau dunia sosial mereka di internet. Peserta diberi sedikit nasihat dan tunjuk ajar mengenai internet dan langkah-langkah selamat semasa berkongsi di media sosial.
Tujuan aktiviti ini diadakan ialah untuk menarik minat peserta tentang ICT dengan memperkenalkan mereka dengan perisian komputer Paint dan aplikasi telefon pintar Quiver. Aktiviti ini dijalakan secara santai di Bilik Latihan Pusat Internet. Dalam aktiviti ini, mereka diperkenalkan dengan teknologi Augmented Reality yang menarik dimana karakter yang diwarnakan oleh mereka sendiri akan muncul dalam aplikasi telefon pintar Quiver.
Akhir aktiviti ini, peserta dapat mempelajari asas mengunakan Paint dan teknologi Augmented Reality. Peserta juga mendapat input penting mengenai keselematan dalam pengunaan internet dan cara ynag bijek mengunakannya. Diharap peserta dapat memanfaatkan ilmu mereka pelajari pada masa itu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: