Kelas Keusahawanan (Surat Rasmi)
19 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 18 Mac 2017 telah berlangsung kelas keusahawanan bertempat di Bilik Latihan PI Sg. Bandung. Kelas ini bermula dari pukul 11 pagi sehingga 1 petang. Kelas keusahawan ini adalah tentang cara menaip surat rasmi dengan format yang betul. Sebelum menaip surat rasmi, peserta diajar menggunakan enjin carian untuk mencari format surat rasmi.
Ini bertujuan untuk membantu peserta memanfaatkan internet untuk mencari maklumat. Dalam menaip surat rasmi mengikut format surat rasmi yang betul, peserta juga turut mempelajari format yang ada pada Word. Menaip menggunakan format yang ada pada Word membuatkan surat rasmi tersebut mudah untuk difahami dan dibaca.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: