Klik dengan Bijak dan Microsoft Word
20 Februari 2017 | Aktiviti TerkiniPada 19 Februari 2017, PI Sg. Bandung mengadakan aktiviti advokasi Klik dengan Bijak bersama dengan 12 peserta yang terdiri dari pada 3 lelaki dan 9 perempuan yang berumur bawah 18 tahun. Mereka didedahkan dengan beberapa etika dan panduan keselematan pengunaan internet terutamanya dalam pengunaan media sosial.
Setelah diberikan taklimat pendek tentang keselamatan dalam mengunakan internet, peserta seterusnya didedahkan dengan perisian komputer Microsoft Word yang amat berguna kepada mereka kelak. Mereka di berikan beberapa asas pengunaan Microsoft Word seperti menukar tulisan, membuat jadual dan sebagainya. Para peserta turut diberi peluang untuk mencuba meneroka sendiri beberapa “feature” perisian ini. Akhir aktiviti ini, pelajar dapat menimba ilmu yang baru berkaitan dengan ICT untuk kegunaan seharian.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: