Email, Sosial Media, Asas ICT, Internet & Youtube
24 Mac 2017 | Aktiviti TerkiniPada 23 Mac 2017 telah berlangsung aktiviti dimana peserta diajar membuat email dan peserta didedahkan tantang kaitan email terhadap yang lain seperti sosial media, youtube dan sebagainya. Aktiviti ini berlangsung di Bilik Latihan PI Sg. Bandung. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 1 petang. Dalam aktiviti tersebut, peserta turut diperkenalkan kepada beberapa laman web yang sesuai untuk pembelajaran sekolah. Peserta juga turut diajar cara mengakses laman web pembelajaran tersebut.
Selepas itu, peserta diajar langkah demi langkah untuk membuka akaun sosial media. Peserta turut dingatkan supaya menggunakan sosial media dengan cara yang berkhemah dan bijak. Kali ini, peserta juga diajar tentang asas ICT dan penggunaan internet untuk mencari maklumat. Aktiviti ini bertujuan untuk membantu peserta supaya mereka boleh memanfaatkan internet untuk pembelajaran selain untuk berhibur.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: