EKelas Assessment (English) Week 7
16 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Mac yang lalu, sesi penilaian (Assessment) EKelas untuk subjek Bahasa Inggeris telah diadakan di PI Sg. Bandung. Sesi penilaian ini adalah bertujuan untuk melihat prestasi pelajar mulai dari awal tahun. Pihak Maxis akan menggunakan hasil penilaian ini untuk menyelaraskan peningkatan pengajaran. Selain itu, ia bertujuan untuk para cikgu mengetahui cara untuk membantu pelajar dengan lebih efektif lagi. Semasa sesi penilaian berlangsung, pelajar ditempatkan di dalam bilik latihan. Mereka diberikan masa 40 minit untuk menyiapkan penilaian masing-masing.
EKelas adalah salah satu initiatif oleh pihak Maxis dalam membantu para pelajar menimba ilmu sekaligus merasai suasana pembelajaran yang lain dari suasana di sekolah tetapi masih mengikut sukatan pembelajaran disekolah. Semoga peluang ini tidak disia-siakan oleh para pelajar yang berpeluang kerana tidak semua Pusat Internet terpilih untuk melaksanakan program EKelas ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: