Eksplorasi Cilik Digital (2) Sesi Disember 2023
17 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 16 Disember 2023 (Sabtu), PEDi Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital. Aktiviti ini telah disertai oleh 11 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah STEM: Popcorn (Pressure), Kelas e-Learning: Quizizz Nama Buah-buahan dan juga kelas Soft Skills: Membuat Popcorn Karamel.
Untuk aktiviti STEM, petugas PEDi telah berkongsi kepada pelajar telah tentang cara penghasilan Popcorn. Bahan yang diperlukan untuk membuat popcorn ialah bertih jagung, minyak dan juga mentega. Dalam sains, apabila bertih jagung dipanaskan, air yang terperangkap di dalam endosperm akan bertukar menjadi wap dan mencipta tekanan didalam pericarp. Tekanan dan suhu yang terlampau kuat ini akan menyebabkan kanji lembut yang terdapat dalam bertih jagung bertukar menjadi bahan gelatin. Selepas itu, petugas PEDi juga berkongsi cara untuk menghasilkan Popcorn karamel kepada para pelajar.
Selain itu, petugas PEDI Sg Bandung telah mengajar para pelajar membuat kalendar menggunakan Microsoft Word. Para pelajar juga dibimbing untuk mengeja dan menaip nama-nama bulan dalam setahun dalam bahasa Inggeris menggunakan Microsoft Word .
Disamping itu, untuk kelas e-learning pula, Kuiz menggunakan Quizizz diadakan bersama pelajar sebagai aktiviti pembelajaran secara atas talian. Para pelajar telah diuji pengetahuan berkaitan dengan nama buah-buahan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: