Eksplorasi Cilik Digital (3) Sesi November 2023
20 November 2023 | Aktiviti TerkiniPada 19 November 2023 (Ahad), PEDi Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital (3). Aktiviti ini telah disertai oleh 12 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan ialah STEM: Paper Chain, Kelas e-Learning kuiz Quizizz Mathematic dan juga kelas Soft Skilss: Dessert Dadih Tutti Fruity.
Untuk aktiviti STEM, pelajar telah diminta untuk menghasilkan Paper Chain. Aktiviti ini menerapkan konsep Matematik iaitu ukuran paper Chain yang dibuat oleh para pelajar. Para pelajar telah diminta untuk menghasilkan paper chain yang panjang dan hasil paper chain tersebut diukur bersama dengan hasil paper chain semua pelajar yang terlibat. Paper Chain yang paling panjang dikira sebagai pemenang.
Selain itu, staf PEDI Sg Bandung telah mengajar para pelajar untuk membuat pencuci mulut iaitu Dadih Tutti Fruitty. Pelajar-pelajar diajar untuk mendekorasikan dadih menggunakan filing sebagai perisa tambahan dadih dan juga untuk meghasilkan dadih yang menarik dan cantik. Staf PEDi telah menunjukkan contoh kepada pelajar bagaimana untuk membuat dekorasi Dadih Tuti Fruity. Pelajar-pelajar diminta untuk membawa balik hasil kerja masing-masing.
isamping itu, untuk kelas e-learning, Kuiz Quizizz diadakan bersama pelajar sebagai aktiviti pembelajaran secara atas talian. Para pelajar telah diuji pengetahuan berkaitan dengan Matematik iaitu menghitung nombor dan mengenal bentuk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: