Sesi Taklimat Penerangan Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU)
29 Disember 2023 | Aktiviti TerkiniPada 28 Disember 2023 yang lalu, staf PEDi Sg. Bandung telah menyertai Sesi taklimat Penerangan Perlaksanaan Pangkalan data Utama (PADU). Sesi taklimat ini bertujuan bagi memastikan semua Petugas PEDi memahani peranan dan tanggungjawab mereka sepanjang tempoh perlaksanaan PADU di PEDi.
Pangkalan Data Utama (PADU) mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia. Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.
Objektif PADU
1. Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
2. Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
3. Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
Matlamat PADU
1. Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
2. Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
3. Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
4. Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: