Eksplorasi Cilik Digital (1) Sesi Januari 2024
8 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 07 Januari 2024 (Ahad), PEDi Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bagi sesi Januari. Aktiviti ini telah disertai oleh 13 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar sekolah rendah ialah STEM: Pompom Shooter, Kelas Basic ICT: Insert Picture di dalam Microsoft Words, Kelas e-Learning: Quizizz Deria Manusia dan juga kelas Soft Skills: Membuat Cocktail Jelly Ball.
Untuk aktiviti STEM, petugas PEDi telah berkongsi kepada pelajar telah tentang cara penghasilan Pompom Shooter. Petugas PEDi berkongsi cara untuk menghasilkan Pompom Shooter kepada para pelajar. Bahan yang diperlukan untuk membuat Pompom Shooter ialah Cawan Kertas, Balloon, Gunting, Tape dan Bola Ping Pong. Petugas PEDI memberikan penerangan berkenaan daya yang dikenakan kepada balloon yang telah direnggangkan akan menolak bola pingpong keluar.
Selain itu, petugas PEDI Sg Bandung telah mengajar para pelajar cara untuk memasukkan gambar yang dicari didalam Google Chrome ke dalam Microsoft Word. Para pelajar juga dibimbing bagaimana untuk memasukkan gambar dan menaip nama setiap gambar tersebut bagi melatih pelajar mengenali setiap komponen komputer.
Disamping itu, untuk kelas e-learning pula, pelajar diberikan kuiz menggunakan Quizizz berkaitan dengan Deria Manusia. Kuiz tersebut diadakan untuk menguji kefahaman pelajar berkaitan dengan deria manusia.
Untuk kelas Softskill pula, staf Pedi Sg. Bandung telah mengajar pelajar-pelajar bagaimana untuk menghasilkan Cocktail Jelly Ball dan bahan-bahan yang diperlukan. Cocktail Jelly Ball yang dihasilkan oleh pelajar akan dibawa balik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: