Eksplorasi Cilik Digital (2) Sesi Januari 2024
15 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 14 Januari 2024 (Ahad), PEDi Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bagi sesi Januari. Aktiviti ini telah disertai oleh 12 orang pelajar sekolah rendah. Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar sekolah rendah ialah STEM: String Telephone, Kelas e-Learning: Kahoot Matematik serta bermain permainan di dalam ABCYA Stacking Cup dan juga kelas Soft Skills: Membuat Roti Sosej.
Untuk aktiviti STEM, petugas PEDi telah berkongsi kepada pelajar telah tentang cara penghasilan String Telephone. Bahan yang diperlukan untuk membuat String Telephone ialah Cawan Kertas, Gunting dan juga tali. Petugas PEDI memberikan penerangan berkenaan permainan String Telephone. Pelajar diterangkan bagaimana bunyi boleh bergerak melalui tali dan udara.
Disamping itu, untuk kelas e-learning pula, pelajar diberikan kuiz menggunakan Kahoot berkaitan dengan Matematik. Kuiz tersebut diadakan untuk mengulangkaji Pelajaran berkaitan dengan Matematik. Selain itu juga, pelajar-pelajar diminta untuk bermain permainan dalam talian ABCYA iaitu Cup Stacking untuk melatih pelajar menaip.
Untuk kelas Softskill pula, staf Pedi Sg. Bandung telah mengajar pelajar-pelajar bagaimana untuk menghasilkanRoti Sosej dan bahan-bahan yang diperlukan. Roti Sosej yang dihasilkan oleh pelajar akan dibawa balik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: