Eksplorasi Cilik Digital (3) Sesi Januari 2024
22 Januari 2024 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2024 (Ahad), PEDI Sg. Bandung telah mengadakan aktiviti Eksplorasi Cilik Digital bersama pelajar-pelajar sekolah rendah. Aktiviti ini telah disertai oleh 15 orang pelajar. Antara aktiviti Eksplorasi yang dijalankan ialah SEM Iot: Cup Tower, E-learning: Kahoot Komponen Komputer dan Latihan Matematik serta Soft skills: Membuat Octopus Craft.
Untuk aktiviti STEM Iot, petugas PEDi telah menerangkan kepada 15 orang pelajar sekolah rendah aktiviti yang akan dijalankan iaitu bermain Cup Tower. Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan cup tower ialah cawan kertas, pensel dan kertas soalan matematik. Pengurus PEDi Sg. Bandung telah menerangkan cara bagaimana untuk bermain Cup Tower iaitu pelajar telah dibahagikan kepada 5 kumpulan. Pelajar-pelajar tersebut dikehendaki untuk menyelesaikan soalan matematik yang diberikan bagi melengkapkan Cup Tower mereka.
Untuk kelas E-learning pula, pelajar diberikan kuiz komponen komputer menggunakan Kahoot. Kuiz tersebut diadakan untuk mengulangkaji berkaitan dengan Komponen Komputer bagi menguji pemahaman dan daya ingatan mereka dengan menjawab soalan. Selain itu juga, pelajar-pelajar diminta untuk bermain permainan dalam talian iaitu ABCYA.
Untuk kelas Softskill pula, staf Pedi Sg. Bandung telah mengajar pelajar-pelajar bagaimana untuk menghasilkan Octopus Craft. Petugas Pedi telah menyediakan kertas, gunting dan gam untuk menghasilkan Octopus Craft serta menunjukkan video cara membuat Octopus Craft.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: