Kuiz Drone Educhallange 4.0 IR
23 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniNADI Sg. Bandung telah bekolaborasi dengan Sekolah Rendah Kebangsaan Plaman Baki/Menaul mengadakan Kuiz Drone Educhallenge 4.0 IR. Seramai 36 orang pelajar sekolah rendah telah menyertai kuiz tersebut. Pelajar-pelajar tersebut telah dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap satu dan tahap dua untuk menjawab Kuiz Drone Educhallenge 4.0 IR.
Program Drone Edu Challenge IR 4.0 (DEC4IR) ini merangkumi program pembelajaran dan pertandingan mengenai teknologi dron dan teknologi revolusi ke-4. Program ini telah dirangka untuk dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya tanpa perjumpaan fizikal yang merangkumi pelaksanaan webinar bersiri yang bakal disampaikan oleh pakar-pakar akademik dan industri, siri penilaian berbentuk aktiviti kuiz/tugasan dan sesi temu bual bersama panel pakar dari industri dan akademik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: